11.7.13

Kids Gardening Project - Diaorang suka bebenor

Saya selalu jeles tengok program TV omputeh yang memaparkan kids gardening project, ada tanam bunga, ada tanam sayur-sayuran. Kat sekolah pun mereka ada subject macam tu. Kecik-kecik lagi dah diajar berjasa pada tanah. Kalau program cuti sekolah (summer camp) ada program stay kat ladang lembu/kambing biri-biri bulu lebat, belajar jaga perah susu lembu/kambing. Saya suka macam tu. Dilatih menyangi dan menghargai alam dan haiwan. Dilatih belajar  erti usaha dan kepayaahan. Saya percaya sangat, kalau anak-anak saya disuruh perah susu lembu tiga kali sehari. Lepas tu, kalau bagi minum susu mesti licin tak tinggal setitik pun. Ini setiap kali minum susu atau milo mesti tak abis. Membazir ajer. Geram kan....
Dulu masa saya sekolah menengah (tingkatan 1-3), saya aliran kemahiran pertanian. Memang seronok habis. Nak nak time mengutip hasil. Time nak mebajak batas tu saya tak berapa gemar.  Korang patut tengok batas budak-budak Cina lelaki kelas saya. Disebabkan mereka bersaiz besar (sorang tu dia Yong Chee Man), atau mungkin mereka dan biaser berkerja di kebun, saiz batas sayur diorg 3 kali  lebih lebar dari batas kami (saya dan geng pompuan yang bersaiz comey-comey nih).  Paling saya tak boleh lupa, bila kena semai benih betik. Memang pokok betik diorg cepat membesar dan tinggi. Pokok betik kami ni, macam malu-malu nak membesar kemetot ajer.  Jadi saya dan BFF saya Shikin pergi pusing keliling kampung untuk cari pokok betik. Kami angkut pokok betik yang sama tinggi ngan ketiak kami,  bawak ke sekolah dengan basikal, pastu tanam. Esok pokok kami berdiri megah sebelah pokok pokok budak Cina tu. Lagi besar kami punya pokok. Macam magic. Budak-budak Cina komplen dengan cikgu,  time cikgu amik markah, tapi cikgu senyum dia kata yang dia tau tu pokok kami. Kami bukan tipu yer, kami kreatif. Sampai sekarang kalau ingat citer ni, saya senyum-senyum sendiri.
Dua minggu lepas, saya beli biji benih dengan harga RM3 sepaket, ada 5 jenis sayur. Bersungguh betul. Saya minta budak-budak ni pilih pokok apa yang diorg nak tanam. Saya beli pasu baru, beli tanah, nak buat balcony gardening. Seriusssss korang patut tengok ni. - My Edible Balcony Garden.  Supaya berasa bersemangat  untuk bercucuk tanam.



Kat pasu, saya letak batang aiskrim. Depan dan belakang batang ais krim saya tulis nama dan jenis pokok. Supaya nanti kami tak keliru pokok sapa dan pakok apa. Pasu ni untuk sementara sahaja, bila besar nanti, nak kena ubah ke tempat lain pulak. Benih anak pokok ni kalau ikut nasihat google, kena diletakkan tempat teduh dulu. Bila dah bertunas baru di letakkan di tempat ada cahaya matahari. Seronok bebebor the boys. Tiap-tiap hari asyik menjenguk pasu nak tengok anak benih diorang.  Seminggu lepas kami semai, beih tomato Amirul dan benih petola saya sahaja yang menjadi. Pokok dill Iman, lngsung tak tumbuh. Benih pokok omputeh kot. Benih kacang botol Arman pun baru nak bertunas. Alhamdulillah. Masa untuk mengalih anak pokok telah tiba.

  

8 comments:

  1. jangan tertanam pokok betik kat balkoni tau!!!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, tengah cari pokok betik baka renik hehehe

      Delete
  2. tak terbayang kalau pokok betik berada di balkoni tu.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tanam jangung di balkoni, camne? ok tak?

      Delete
  3. Pokok betik tanam kat balkoni pun okeyyyy.. Petik terus dan makan depan tv. Takyah susah susah pun. Atau terus petik masuk peti sejuk. Hahahaha jimat masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat yg plg pennting.... mau jiran bawah rumah dapat merasa buah betik sebijik dua nanti hehehe

      Delete
  4. baguihla...nanti mkn organik je semua hehe mcm bapak sy mcm2 dia tanam nya hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parents saya pun suka cucuk tanam... mungkin saya mewarisi kot hehehe thanks dating ke blog saya

      Delete