23.7.13

Menu Buka Puasa Pilihan Ramai.


Ikan Bakar.
Sapa tak suka kan? Di saat lepas sahur, perut dah kenyang membulat, terbayang ikan bakar, masih bergerak anak tekak merayu meminta disuap.  Bau bahan perap yang menyelerakan, bau asap yang sepoi-sepoi bahasa bagai dipukau gayanya.  Bukan saya sorang sahaja yang gila bayang dengan ikan bakar, ramai lagi tau.


Bila jenguk statistic, tu dia........ 1513 page view 'resepi ikan bakar yang sedap' dalam seminggu.  Sah, bukan salah tekak saya. Ramai yang mengidam serupa. Bila saya google  tajuk, muncul blog saya di carta nombor satu.  Alhamdulillah, perkara yang baik kita share bersama yer.


Alamakkkkk, tak tahan tengok. 

Lagi satu, menu pilihan kami sekeluarga.............
Daging salai masak lomak cili api. Fuyyoh, paling best masak dengan belimbing buluh, tapi sebab pokok ibu tak banyak buah, maka digantikan dengan rebung madu. Rebung madu ni sedap, lembut ajer, saiz comel-comel, dan tak berbau. Sekarang dah dapek kaki import daging salai terbaek dari Kuala Pilah, apa lagi makin menjadi2 lah saya.. hahahaaaa (gelak besar, kasi berdengung satu gua)

8 comments:

  1. Kak Azie suka Rebung Madu yang dimasak gulai (kari) macam resipi orang Perlis tuh.

    Daging salai memang popular di sebelah Pilah sana, cuma kami tak gemar sangat daging.
    Ikan bakar? Hmmm lama tak buat. Boleh la nak try weekend nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah cuba rebung madu masak kari. Nak cuba jugak lah :)

      Delete
  2. Makan ikan bakar utk berbuka mmg best...Better buat sendiri kalau tahu...sebab kalau nak makan kat restoren seafood, mmg sesak...saya kurang selesa...nak booking table lagi...:)

    Daging salai mmg speciality nogori...selalu makan kat umah mertua or nenek saya..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer la, bulan pose ni btter makan yg buat sendiri. lagi puas hati.

      Delete
  3. memang sodap menu tu..
    daging salai masak lomak cili api tu memang feveret.. lagi podeh lagi sodap.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayy!! hi-5! ada geng :)

      Delete
  4. ikan bakar mkn dgn nasi panas2 sedapnya. kalo x de kuah pon jalan je... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe sure kaki gatah ikan macam saya..... :)

      Delete