10.7.13

Ramadhan datang lagi, ada yang pergi tak kembali.

Alhamdulillah, dipanjangkan umur menyambut bulan yang mulia. Syukur juga dikurniahkan kesihatan dapat menjalani ibadah puasa pada hari pertama. Semalam pergi ker Big Aeon sebelum jam 11.00 pagi. Nasib baik belum ramai orang, dapat jer terus ke kaunter untuk bayar. Kalau pergi petang, mau jugak bergesel habu dan punggung nanti. Saya beli bekalan untuk seminggu ni. En Kaki Pancing dah ingatkan jangan beli beriya, berjimat sikit. Kalau ikut nafsu saya, macam macam nak beli.

Arman kali ini puasa buat kali pertamanya. Semalam dia order ngan saya pavlova (dia sebut 'palova') untuk dia dan kawan-kawan makan. Beriya sungguh. Bila hantar pavlova ke kelas, kawan-kawan dia melompat-lompat seronok, siap tepuk tangan terus nyanyi 'happy birthday' lagi.



Sahur tadi, kami makan nasi goreng ajer. Ntah kenapa jam tak berbunyi, nasib baik mata terjaga pukul 4.45 pagi.  Pagi ini juga kami menerima berita pemergian Kdr Zamri, seorang pegawai TLDM. Arwah meninggal sebab kanser paru-paru. Arwah seorang yang baik hati dan sentiasa bercakap dengan nada yang sopan.  Anak- anak arwah kecik-kecik lagi. Dah lama beliau sakit, hari Ahad  lepas dikejarkan ke hospital kerana tak sedar diri. Doktor cakap peluang tipis pada hari itu. Namun Allah Maha Mengetahui. Kdr Zamri  menghempuskan nafas terakhir pada jam 3 pagi, Ramadhan yang pertama.  Semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang soleh. Amin. Menurut kawan-kawan, abang arwah juga meninggal pada bulan Ramadhan dua tahun lepas, ketika arwah (Kdr Zamri) bertugas berlayar ke Somalia. 
 
Hanya mereka yang terplih sahaja dijemput di bulan Ramadhan oleh Ilahi. Kita tak tahu bila tiba giliran kita macam mana nanti.

6 comments:

  1. al fatihah utk arwah...selamat berpuasa utk akak sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkenang anak-anak yang masih kecil

      Delete
  2. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. smg kita yg masih Allah berikan peluang sama2 manfaatkan ramadhan ini utk melipatgandakan amalan inshaa Allah. slmt berposa kak ayin!

    ReplyDelete