21.8.13

Happy Birthday Amirul Hakimi

Saya: Besday abang esok, abang nak ibu buat kek apa bawak sekolah?
Amirul: Tak pe ibu. Abang tak nak susahkan ibu. Abang nak ibu rehat.

Betul orang cakap kalau anak itu masa keciknye susah dijaga, bila besar nanti dia pandai bawak diri, pandai amik hati. Alhamdulillah. Amirul masa kecik kulit dia teruk pasal eczema. Mengelupas, membengkak. Sampai ada orang yang geli tengok dia. Bila keluar rum...ah, dia akan pakai topi sebab nak turunkan topi untuk tutup muka dia. Bila muka bengkak, dia tak keluar rumah. Ulang alik kami ke klinik dan hospital. Sampai pernah naik ambulan dikejarkan ke HKL. Dulu waktu suami bertugas lama diluar negara, kenkadang saya menagis juga , dia peluk saya sambil tepuk bahu, 'jangan nangis yer ibu' berulang-ulang kali. Dia pernah tanya saya, kenapa Allah tak bagi dia kulit yang cantik macam ibu, macam Arman. Saya cakap ibu sanggup berkorban untuk abang. Kalau boleh tukar kulit, biar ibu amik kulit abang. Dia nangis malam itu tersedu-sedu. Dia cakap jangan cakap dengan dia pasal berkorban lagi.

Selamat hari jadi abang. Ibu sayang abang hingga ke Jannah.
Terima kasih Ya Allah. Syukur Alhamdulillah.
Homemade ice cream cake for him :)

1 comment:

  1. happy birthday sayang!

    jadi anak yang baik tau!!

    ReplyDelete