4.8.13

My balcony garden

MY favorite space at home.
 

Setiap pagi, selain  dari suka tengok muka anak-anak, saya akan bergegas ke balkoni, untuk lihat pokok-pokok saya. Dah kua bunga ke belum, dah menjalar ke mana, dah melilit apa. Terutama pokok petola, bagi saya memang 'champion'. Saya siap pesan dengan anak-anak, jangan diri lama kat balkoni, nanti ada yang kena lilit. Sebab pokok petola akan memanjang lebih dari 5 cm sehari. Saya tak ukur la, tapi lebih kurang gitu.

Pokok-pokok pasu dah memasuki kawasan ampaian kain. Bersusun pasu di bawah. Terkini tambahan pokok pandan dari ibu. Saya balas dengan anak-anak pokok tomato dan pokok timun. Merenung pokok petola yang giat melilit besi palang balkoni  memang seronok, kalau sekali pandang macam pokok anggur. Warghhh.... saya memang ada perancangan nak tanam pokok anggur di balkoni.

Semalam keluarga saya buat potluck. Ibu ayah, adik-adik datang. Saya dengan bangganyer menunjuk pokok-pokok saya pada ayah dan ibu. Ayah kata 'ko tak boleh tinggalkan umah lama macam ni ngah. paling lama dua hari'. Adoiii.... dulu, bila ayah ibu datang, beriya saya pujuk supaya tinggal lama kat umah saya. Tapi ibu dan ayah bagi alasan 'kesian kat pokok'. Sekarang baru saya faham.

Pokok cili saya  kering dan mati. Daun gugur. Dah macam pokok kaktus. Saya redha dan terima hakikat. Mungkin saya tak sesuai dengan pokok cili. Tak per la. Rezeki saya pada pokok-pokok yang lain. InsyaAllah.   Pokok daun kesom pula  mula bercambah. Saya ingat nak bagi lagi cepat besar, saya bubuh baja tapi pokok daun kesum terus mati. Terfikir saya dengan manusia pun macam tu juga. Kita beri sebab kita ingat baik untuk dia, tapi sebenarnya dia tak perlukan pun, malah pemberian kita dibuang ke tepi. Betullah orang cakap sebaik-baik sedekah berilah kepada mereka yang betul-betul memerlukannya.


 

2 comments:

  1. Pokok petola tu cantik.. sekali pandang dah macam pokok anggur pulak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear.. tu la, ramai gak yg ingat pokok anggur. mmg ada dalam perancangan, no tengah tunggu feedback pembekal pokok anggur. Hopefully boleh dapat cepat :)

      Delete