16.8.13

Selamat Hari Raya


Alhamudulillah, setelah berpuasa sebulan (bukan saya, perempuan kan golongan istimewa bak kata kak ros upin ipin), maka raya menjelma tiba. Amirul puasa penuh kali ini. Alhamdulillah. Sebagai hadiah, dia cuma nak hadiah 3 batang pensel tekan sahaja. Mau jimat duit ibu katanya. Bagussss anak ibu.

Raya kali ini, macam terkejar-kejar sikit. Tahun ini beraya di rumah mertua di Bangi. Hari Raya kedua berkumpul di rumah adik, setelah berhempas pulas membuat kek hantaran dia. Raya ke-3 kami bergerak ke Pahang unuk majlis penikahan adik. Kemudian balik ke kampung PD untuk hantar ayah dan ibu dan beraya di sana pula.

Setakat ini hanya pengantin baru sahaja yang bertandang ke rumah beraya. Bekas kuih raya semakin kosong. Cuma tinggal kuih raya yang dibeli dan yang dapat free. Menjeling ke bahan2 buat biskut raya yang terlantar di rak. Rasa bersalah pula. Tu la, haritu beriya handak buat macam macam. Kesudahannya sempat buat cornflakes, cornflakes chocolate, chocolate almonds, chocolate chips sahaja.  Dan juga brownies. Semuanya buat 3 bekas, untuk anak-anak, keluarga mertua dan keluarga saya. Alhamdulillah.


Selamat Hari Raya yer kawan-kawan,
dari kami di Two Plus One And More :)

2 comments:

  1. selamat hari raya buat Mas dan keluarga.. ;)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aidilfitri utk akak and family..

    ReplyDelete