2.8.13

Solat Terawih Sikecil

 

Setakat ni saya pernah ke surau sekali ajer untuk terawih. Cuba bawak Iman sekali. Bila masuk solat terawih, dia dok merayau. Saya risau, takut dia makan kurma orang sedekah moreh. Dia masih belum oleh kunyah sepenuhnya. Takut tercekik.  Abis solat terawih dua rakaat, saya toleh belakang, tengok muka, tangan, dan baju penuh dengan coklat. Rupanya dia dok meramas kek coklat yang orang letak tepi untuk moreh. Malu sungguh saya. Cepat-cepat saya mohon maaf dengan jemaah terdekat, dan terus balik.  Ahamdulillah, lepas update status di FB, ada jiran mengaku, yang kek itu adalah kek emaknya. Terus saya minta maaf berkali-kali. Dia kata mak dia tak marah cuma kata ada budak cute makan kek coklat masa terawih. Selepas tu, saya dok umah jaga Iman dan Arman. En Kaki Pancing dan Amirul ke surau. Arman pergi sekali, bila Amirul report kata Arman buat bising, saya terus tak bagi dia pergi lagi.
 
Sehari selepas itu, ada kawan update status kat FB. Mana mak bapaknye? nape tak tegur anak2 korang? Berdosa mengganggu jemaah solat. Siap ada yang komen kata budak-budak "xxee#**"... ntah apa tah tu, lebih kurang macam tu ejaan ni.  Terus terang saya terasa. Tapi tak berapa sentap sangat. Saya cuma katakan nanti dah ada anak sendiri baru tau. Berdosa atau tidak itu biar Allah yang tentukan. Sebab ramai yang nak mengejar bonus di bulan Ramadhan.

Dulu terus terang, saya pun rasa tak selesa tengok budak2 budak bising di surau/masjid. Tapi setelah pergi menunaikan umrah, pandangan saya bertukar. Ada beberapa kejadian  berlaku sepanjang mengerjakan umrah yang menukar persepsi saya mengenai kehidupan. Saya bersyukur Allah mudahkan jalan saya dan suami pergi menunaikan umrah pada bulan  Mac tahun ini. Saya akan ceritakan kemudian nanti.
 
Cuma nak kongsi sikit kenapa saya kini lebih bersabar dengan karenah anak-anak yang membuat bising di surau/masjid. Kalau kawan-kawan pernah mengerjakan umrah/haji pastu melalui detik- detik di mana anak-anak yang pelbagai warna membuat bising di Masjidil Haram atau di Masjidil Nabawi. Tak nampak pulak muka jemaah marah-marah atau masam muka dengan kanak-kanak  tersebut.  Ada tolong jaga kan lagi  anak-anak walaupun lain rupa dan bangsa. Muka sentiasa senyum penuh toleransi. MasyaAllah, perkara yang jarang saya nampak di sini. Betul di sana, kita hanya fikir satu ajer, nak buat amal ibadat banyak-banyak, buat yang paling termampu kita buat.
 
Bebalik pada kisah anak- anak ini. Bila saya perhatikan kenapa anak-anak ni manangis, menjerit, berlari, bergurau disebab kan mereka dah lama di masjid. Kita ni bersyukur yer, dapat buat umrah dengan selesa, dapat hotel pun, takde lah jauh sangat. Berbanding dengan mereka itu. Disebabkan hotel yang jauh amat sangat, maka mereka berkampung di masjid. Pergi pagi, balik malam. Malah ada yang tidak larat nak balik, maka bermalam di kawasan masjid. Bila tengok keadaan mereka, kita jadi insaf. Saya pun macam yang lain, sekali sekala cuba pujuk anak anak-anak walaupun guna bahasa insyarat. Mereka bising mugkin juga lapar sebab dah berkampung dari pagi.
 
Saya ni jenis cepat lapar, makan banyak. Saya kalau tak makan pada masanya, memag akan cepat marah, sakit perut dan macam-macam. Jadi saya bawa stok coklat kitkat, untuk alas perut saya.  Satu hari saya terfikir unuk sedekahkan coklat kitkat saya kepada kanak-kanak. Setiap hari, saya rancang sekurang-kurang bawa 2 bar kitkat. Malam pertama yang saya bawa, untuk solat Magrib, saya solat di tingkat atas, sebab dah penuh di bawah. Ada kanak-kanak dekat dengan saya. Untuk memberi kententeraman ketika ibunya solat, saya sedekah coklat kitkat pada diaorang. Sukanya diorg. Berkaca-kaca matanya gembira. Saya masih boleh ingat muka mereka yang berseri-seri. Sesudah solat Magrib, saya berkejar ke bawah untuk dapat saf di depan, membolehkan saya menatap Kaabah di depan mata. Dalam keadaan keletihan, baru mata terlelap, ada yang menepuk bahu saya. Dilihat ada kurma coklat di atas sejadah saya. Sayunya hati saya. MasyaAllah, terbayang saya muka kanak-kanak yang saya beri coklat tadi.
 
Ada kawan yang bawa anak-anak pergi umrah. Disebabkan membawa anak-anak maka kuranglah dapat melakukan umrah memandangkan kena ikut mood anak, ditambah pula cuaca yang panas. Setiap hari kalau bertembung, mereka akan tanya dapat buat umrah lagi?  dapat buat itu? dapat buat ini? Saya pujuk mereka,  saya cakap jangan bandingkan kami yang tidak bawa anak-anak. Memang lah senang buat ibadat ikut masa kita, tapi bawa anak-anak lagi berkat dan pahala lebih.   Bagi saya anak-anak suci tak de dosa, lagi mudah Allah angkat dan kabulkan permintaan doa mereka.
 
Rindu datang lagi... Bila mengenang kembali....
 
Terima kasih ya Allah kerana menjemputku menjadi tetamu-Mu sebelum terpisah nyawa dari tubuhku.

1 comment:

  1. bila dah ada anak baru tau macamana kan.. sama la saya.. kesian kalau tengok anak2 merengek..

    ReplyDelete