24.9.13

Happy Birthday Adlan Iman

Entry yang patut  saya tulis bulan 7 lalu. Setiap kali nak cuba tulis entry ini, terasa sebak di dada.



 
I made minion ice cream cake for him. Masa tunjukkan kek ini pada dia, terus dia sebut 'waahhhhhh!!!' untuk kali pertama. Saya tak akan lupa saat itu sampai bila-bila.

Happy 3rd birthday sayang. Ibu sayang Iman selautan kasih sejak dari alam kandungan lagi. Tak berubah sedikit pun sayang ibu pada Iman. Terima kasih Allah kerana mengurniakan Iman pada kami. Iman banyak mengajar saya erti sabar dan sentiasa bersyukur.` Iman banyak menjadikankan saya 'a better person' dalam banyak segi.

Iman pada usia 3 tahun, tidak seperti kawan-kawan sebaya dengannya. Masih belum boleh berjalan. Masih bertatih. Bercakap pun hanya perkataan-perkataan asas seperti nak makan, nak mandi, sakit la, pergi, jangan kacau tapi pelat. Kena dengar betul-betul baru boleh paham apa yang dia sebut.

Dari segi kesihatan, Alhamdulillah. Sihat cuma sekali sekala demam dan batuk. Temujanji dengan pakar jantung dan pakar genetic pun sudah tidak kerap. 5 bulan sekali. Fokus kami ada Iman sekarang hanya dua: sihat dan ceria.  Yang lain kami akan buat mengikut perkembangan dia.

Selamat hari jadi Iman. Buah hati pengarang jantung ayah dan ibu.

2 comments:

  1. selamat hari lahir Iman..
    Moga sentiasa kuat dan sihat dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)

    ReplyDelete
  2. selamat hari jadi iman.. versi lewat punya.. seronok dapat kek minions comel ye

    ReplyDelete