25.9.13

Menumpang tuah Iman

Awal bulan ini kami buat pasport anak-anak. Punyalah ramai orang. Disebabkan iman ada kad OKU kami sekeluarga dapat beratur di laluan khas dan berurusan di kaunter khas. Urusan membuat pasport kami sekeluarga menjadi mudah dan pantas. Ini kali pertama buat pasport Iman. Tiada bayaran dikenakan dan tempoh pasport terus dibuat untuk 5 tahun. Alhamdulillah. Ini lah dinamakan rezeki bagi anak istimewa. Untuk parents yang ada anak istimewa, bersabar dengan dugaan ini. Rezeki mereka telah ditulis dengan cara yang berbeza. Tanpa sedar kita kadang-kadang juga menumpang tuah dengan mereka. Satu rezeki mereka yang sentiasa ada pada mereka setiap masa ialah kasih sayang kita pada mereka yang tiada penghujungnya.
 
 
 

1 comment: