30.10.13

Praktis Jalan Iman

Iman dah 3 tahun. Tapi masih belum jalan. kalau tengok gaya dia memnag bukan macam budak seusia. Saya pun kengkadang letih nak explain ngan orang kenapa Iman kecik comey macam itu. Kalau tengok gaya bahasa badan orang itu macam positif, ada aura positif saya akan explain panjang pasal WS. Kalau air muka macam negatif, saya cuma cakap pendek 'anak istimewa' kata saya. Iman dan boleh berjalan kalau meniti di keliling meja, tatih sambil pegang dinding. ok ajer dia. Kadang- kadang, tetiba dia berdiri sendiri, bila kita tegur macam bagi semangat, dia duduk balik.

Saya dah terskip Iman punya latihan terapi di PPUM.  Di PPUM kalau skip 3 bulan, makanya kena buat balik appointment dengan doktor pakar untuk masuk semua nama dalam kelas terapi. Sementara menunggu jumpa doktor, saya cuma buat latihan di rumah ajer. Bawak dia jalan-jalan keliling kolam. Kalau buat kat dalam rumah, memang tak bergerak lah, mungkin sebab rumah kecik, tak de ruang untuk berjalan jauh. Kalau keliling kolam tu, rasa macam sekejap ajer dah buleh buat satu pusingan. Leka tengok orang berenang kot. Ada jugak kengkadang dia tak nak tolak, boikot. mogok. Tapi bila nampak kedai aunty kat hujung kolam tu, bersungguh dia tolak, sebab dia tau akan dapat upah ice cream. Pandainyer dia.
mogok :)

2 comments:

  1. Iman yang sangat comel..
    yeah.. lepas pusing kolam dapat ice cream.. share dengan auntie ek.. ;)

    ReplyDelete
  2. Buleh ajer aunty Aizamia :)

    ReplyDelete