16.12.13

Blog MakeOver Dengan Krafty Palette

Alhamdulillah,

Selesai jugak urusan makeover ni. terima kasih kepada Krafty Palette.  Kalau nak blog yang comel-comel boleh ke sana. Harga pun berpatutan. Saya memang nak design yang simple sahaja. Cukup sekadar outline pokok di atas dan di bawah. Yang lain sekadar putih dan kelabu.

Moga setelah dimakeover ini, saya kembali bersemangat nak berblogging :)

Cuma bila bab gambar family tu, kurang sesuai sebenarnya. Almaklum, rumah ni semua boys, maka kami tak banyak gambar family. En Kaki Pancing dan the boys memang tak suka bergambar. Hanya saya dan Iman sahaja yang suka. Gambar yang ini pun, nampak saya agak berisi kan..... (yer, salahkan kamera).  Dah la tu, pakai baju belang-belang dengan tudung pokladot? adoiiii..... sebenarnya, tudung saya yang matching sweet dengan baju, dah keromot seribu. Tak de iron, jadi saya pakai ajer tudung mana ada.  Next year, kami rancang nak amik gambar outdoor dengan jurugambar professional.  Macam best jer idea ni :)

No comments:

Post a Comment