25.12.13

Herba Baru di Balkoni


Cinnamon basil (selasih kayu manis), manjoran dan sweet basil (selasih manis).  Kecik comel aje sepasu, harga RM5.25 setiap satu. Saya beli di Cold Storage, Great Eastern Mall. Ada macam-maxam lagi herba, tapi cukup lah yang ini. Pernah beli dulu, oregano, lemon basil. Tapi yang hidup hanya lemon basil ajer. Kali ini nak cuba lagi, nak letak ditepat redup pulak. Mungkin boleh hidup segar bugar.
 
Cinnamon basil  ni, memang kali pertama tengok. Yang uniknyer, seunik namanya, memang rupa daun macam selasih tapi bila kita tenyeh ngan jari, bau daun memang bau kayu manis. Sweet basil pulak banyak digunakan untuk pasta masakan Itali. Kalau masak pasta resepi Itali, kena guna sweet basil walaupun hanya dinyatakan basil sahaja. Jangan dicampur dengan Thai basil, hasilnya berbeza tau.
 
Manjoram ni, pertama kali saya tengok jugak. Itu yang berminat nak beli. Dia adik beradik dengan oregano. Sekali tengok ramai yang tersalah ingatkan oregano. Sebab memang serupa, tapi tak sama.  Manjoram rasanya lebih manis, lebih 'ringan' dan mempunyai 'after taste' dengan rasa pudina. Manakala oregano yang selalu digunakan untuk membuat pizza mempunyai rasa yang lebih kuat. Bila kita nak masak western, tapi tak tahu nak guna jenis mana, ikut kata orang Eropah ' when in doubt, use marjoram'. Apapun bila kita masak western menggunakan herba segar, pastikan masukkan herba bila dah nak siap masak, sebab kalau masuk di awal masak akan mematikan rasa dan bau. Kata dioranglah kan... bukan kata saya :p Orang- orang Greek menggunakan manjoran untuk perubatan. Manjoram bagi mereka boleh menyembuhkan selesema, sakit telinga, sakit perut, sakit kepala dan juga rasa sakit ketika datang bulan.  Dirang juga menggunakan manjoram untuk membuat ubat pengasih. jengg...jeng...jeng....
 
Ha, apa lagi En Kaki Pancing kata buleh buat mandrem niiiii!!
 
Haiiyahhh

 

1 comment:

  1. Moga pokok2 herba tu hidup subur hendakNYA.

    ReplyDelete