17.12.13

JJCM: Asam Pedas Pokok Besar Kota Laksamana Melaka

Wajib singgah ke sini kalau ke Melaka yer kawan-kawan. Walaupun saya penggemar asam pedas style Johor yang pekat, tapi yang ini memang simple dan sedap. Kami sampai jam 8 malam. Masuk pukul 8.30 malam ajer, dah penuh semua meja. Sampai kena bukak meja lipat lagi dan lagi. Memang bertambah la saya makan. Memang sedap. Tu yang tak de gambar tengah makan. Nampak sangat nanti kelaparan dan gelojohnya. Ada macam-macam jenis asam pedas, ada ikan tenggiri, kembung, daging pun ada kot. Kami makan asam pedas ikan pari. nyumm.. nyum...

Sila set kan waze ke GPS ke betul-betul yer, sebab berpusing-pusing juga kami mencarinya. Tapi berbaloi.

No comments:

Post a Comment