16.12.13

Musim tomato di balkoni



Ini gambar koleksi pokok-pokok tomato di balkoni. Gambar-gambar yang atas gambar pokok-pokok terdahulu. Gambar yang bawah yang tengah masak ranum pokok tomato sekarang. En Kaki Pancing suka benar duduk di balkoni, sambil petik tomato, kesat-kesat di baju dan terus makan. Organik kan. Itu yang bagus tanam sendiri. Tanam dengan penuh kasih sayang tanpa racun. Alhamdulillah, bagi saya senang juga tanam tomato ni. Yang tak sanggup jaga dari serangan serangga. Kita manusia ni yang makan macam-macam, tengok tomato ranum pun geram, inikan lagi serangga, itu je punca makanannyer. Tapi kan, saya kalau nampak serangga ni memang saya geram sangat. Jaga ya!! nanti kupicit-picit nanti.

7 comments:

  1. ai pun geram tengok..
    Betullah.. dok depan tu sambil menikmati pemandangan sambil petik buah tomato dan ngap.. dapnye..

    ReplyDelete
  2. serangga apa yang suka serang tomato tu?

    morning mrs green fingers!!
    :)

    ReplyDelete
  3. Aizamia: sedap kalau makan ngan sambal belacan hehehhe

    Dr Singa: ntah apa nama. yang putih berdebu tu, geram betul. mula2 pokok tomato, sekarang rajin merayap kat batas sayur plak

    ReplyDelete
  4. oh..
    yang tu..
    saya ada baca
    dan buat
    spray dengan air sabun cair..
    mati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngan air sabun dah cuba, tak jadi jugak. ngan air lada un dah buat :(

      Delete
  5. Replies
    1. semai benih , pastu bila dah besar dalam 3 inch, pindah ke bekas lain. pokok tomato perlu banyak sinaran matahari dan nak kena selalu siram air.

      Delete