18.12.13

Resepi Pucuk Manis Masak Lemak Labu


Pucuk manis yang dipetik di kebun balkoni. Ada lah dapat segenggam dua. Bila masak jadi kecut jadi sikit ajer. Ini lauk kegemaran Amirul. Tambah pulak ada ikan goreng berlada. Makan sehingga menjilat jari jawabnya. Masak dua lauk aja malam tadi, tapi syukur habis seperiuk nasi. Alhamdulillah. Kalau malas nak masak, makan dengan sambal belacan dan ikan masin pun pasti bertambah-tambah yer.

Resepi:

Segenggam udang kering atau ikan bilis.
Empat ulas bawang merah (kalau nak tambah bawah putih pun buleh lah seulas dua, tapi saya tak letak)
Sebiji santan kelapa
Suku labu yang dipotong kecil-kecil.
Daun pucuk manis
Garam secukup rasa

Rebus labu dengan air cukup untuk tenggelamkan labu sahaja. Rajin jenguk labu jangan sampai kering air melekat di periuk pula yer. Bila dah empuk, masukkan santan. Kacau lagi jangan bagi pecah minyak. Masukkan bawang dan udang kering yang dtumbuk halus. Masukkan garam. Masukkan daun pucuk manis. Kacau sehingga daun layu, tutup api, dah buleh dihidangkan.

Untung ada kebun di balkoni, petik sayur di depan mata ajer :)


4 comments:

  1. hehhehee..

    saya terbayang..
    entri setahun dari sekarang..
    pokok durian pun ada kat balkoni ni!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat tu kalau ada pokok durian kat balkoni, mau krew bulletin utama dating cover nanti :)

      Delete
    2. Jiran bawah yang untung.. buah jatuh ke bawah.. hehehe..

      Delete
    3. kalau jatuh kebawah, rezeki jiran :)

      Delete