31.12.13

Resepi Salad Segar Yang Mudah Dan Sedap


Ini hasil sayur di balkoni semalam. Seronok sangat bila kutip dapat berjenis-jenis ni. Rezeki. Alhamdulillah. Saya tengah menggila tengok istagram sekarang. Tag seperti urbanganerning, urbangerdener, balconygardening, balconygardener, kitchengarden. Memang rasa tercabarlah tengok sayur-sayur yang omputeh tanam kat balkoni atau kebun diaorang. Kita ni beruntung sangat, sebab matahari sepanjang tahun. Macam omputeh ni, diaorag tanam ikut musim. Pilih jenis benih, masa matang sebelum tiba musim sejuk.  Untuk hasil semalam, saya buat salad yang senang dan ringkas ajer. Pernah makan ala-ala macam ni kat restoran nyonya kat Melaka.


Bahan-bahan

Sebiji timun
Sebiji  lobak merah
Segenggam gajus (dibakar keperangan)
Dua sudu besar sos cili Thailand.
Dua sudu besar salad dressing bijan (jenama kewpie, ada logo halal)
Dua ketul tauhu, dipotong dan digoreng.
Secubit garam


Cara-cara

Potong nipis memanjang timun dan lobak. Senang kalau pakai alat sagat tu, lagi nipis bak sutera. Campur timun, lobak, gajus, tauhu bersama sos cili, garam dan salad dressing.
Dah siap untuk dimakan. Kalau simpan lama-lama, nanti dia berair, dan gajus pun dah lemau. Seelok-elok makan terus yer.

Selamat mencuba :)



2 comments: