24.12.13

Zoo Melaka Yang Best

Kalau nak banding dengan Zoo Negara. Memang Zoo Melaka lagi best. Sebab kawasan tak luas sangat. Molek sangat kalau kita yang ada anak kecik-kecik ni nak berjalan kaki. Pertunjukan burung pun best sikit dari Zoo Negara. Memang la jenis-jenis haiwan tak sebanyak di Zoo Negara, tapi cukup lah yang asas kalau kita nak kenalkan anak-anak dengan haiwan-haiwan yang ada.  Haiwan-haiwan tu macam lagi dekat dengan kita, takde lah jauh sebelah kampung sampai nak tunjuk kat anak-anak pun tak nampak di mata. Saya dan Arman yang paling excited kot kalau nak banding dengan En Kaki Pancing dan Amirul. Amirul tak suka berjalan ni, panas bagi dia, naik gatal-gatal badan dengan eczema. Walaupun kami jalan beredup di bawah-bawah pokok. Iman macam biasa ajer, cukup makan minum dia, happy ajer. Sekali sekala kami suruh dia ikut sebut semula nama-nama haiwan.  Kalau boleh dengan semua haiwan saya dan Arman nak bergambar. Saya cakap dengan anak-anak, dengan haiwan kecik, besar mana pun, kena sayang, kena hormat, lainlah kalau dia nak cederakan kita dulu. Kalau ada kesempatan, pasti kami datang lagi ke sini.
  
 

3 comments:

  1. Dah lama saya tak ke Zoo Melaka...dan saya setuju, Zoo Melaka lagi best dari Zoo Negara...binatang kat Zoo Negara daif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kengkadang terasa malu pulak bila gi zoo Negara. Macam tak terjaga. Zoo Negara patut dijaga dan dibanggakan.

      Delete
  2. saya pergi zoo jugak!
    tapi masuk dalam kandang binatang!!

    ReplyDelete