18.1.14

Kami di Harian Metro hari ini

Alhamdulillah. Taman balkoni saya di Harian Metro (Dekotaman). Terima kasih wartawan Dekotaman, Tini. Ramai tanya mana gambar saya tak terselit dalam tiga muka surat tu. Tapi sebenarnya saya OK ajer tak kua muka. Sebab team Dekotaman datang jam 3 petang. Haritu saya kelam kabut balik dari HKL, pastu urus anak balik sekolah dan ke sekolah agama pulak. Bila diaorang sampai, tak sempat nak pilih baju dan make up! OK, elok la tu, kalau tak, sure saya nampak 10 tahun lebih tua nanti.


Saya share jugak cara-cara tanam anak pokok di bekas simpan plastik Ikea. Suka saya guna bekas ni sebab kalau ada lebih anak pokok, saya selit di lubang-lubang itu ajer. Ikut konsep vertical gardening. Sesuai untuk bercucuk tanam di ruang kecil. Kalau nak, boleh selit bawang sepenuh semua lubang. Satu bekas Ikea ni dijual dengan harga RM5.90. Kalau ke Ikea cari di bahagian dapur, jangan cari di bahagian gardening kat bawah, memang tak jumpa nanti.

No comments:

Post a Comment