2.2.14

Dugaan

Bulan November  tahun lalu, ayah pernah dimasukkan ke Hospital PD sebab mengalami sesak nafas. Nasib baik ayah sempat  juga drive ke hospital dalam keadaan macam tu.  Memang kami adik beradik panic sangat. Macam-macam dalam fikiran kami. Ayah dikehendaki datang semua ke hospital PD pada bulan Januari tahun ini untuk buat stress test bagi mengenal pasti keadaan jantung ayah. Kami pakat adik beradik minta second opinion dengan doctor pakar KPJ pada bulan Desember. Dari satu test ke satu test yang lain, jantung ayah disahkan oleh doctor pakar dalam keadaan kritikal. Esok tu jugak, dengan bantuan doctor pakar KPJ, kami terus dapat  jumpa doktor pakar jantung di IJN.

Awal tahun ini, lebih kurang sebulan selepas berjumpa pakar di IJN, ayah menjalani pembedahan. Allah ajer yang tahu macam mana risaunya ibu dan jugak kami. Saya lah paling beriya rasanya minta maaf. Saya peluk cium ayah sambil kata, 'maafkan angah yer ayah. Angah tau, Angah yang paling degil sekali. Angah minta maaf'. Yer la, anak no 2 kan, memang paling degil. Biaser la tu.


Alhamdulillah, pembedahan ayah berjalan lancar. Bergilir-gilir kami jaga ayah di IJN. Saya shif sebelah malam. Ibu shif di sebelah pagi. Adik beradik yang amik cuti dan ada yang menjaga waktu hujung minggu. Memang saya salute ngan doctor dan nurse  yang mengurusakan ayah sepenjang berada di IJN. Semoga Allah membalas budi kalian dengan sebaik-baik kebaikan amin. Dua minggu selepas itu, saya ke IJN untuk bagi kek sebagai tanda terima kasih.

(banana cake + chocolate ganache + mars chocolate + maltesers)
 
 
Kami bergilir-gilir bawa ayah dan ibu tinggal di rumah kami memandangkan keadaan ayah macam itu, dan ibu pula kurang sihat. Kami bawa ibu buat health screening di KPJ. Seminggu selepas itu, saya tunggu ayah dan ibu di KPJ (kebetulan ayah dan ibu berehat di rumah adik di Shah Alam), sepatutnya untuk berjumpa doctor dan mengambil keputusan health screening. Tapi pagi itu juga, ibu muntah-muntah, pengsan dan muka bengkak. Ibu dikejarkan ke PPUM pagi itu. Saya cuma ambil report dari KPJ terus ke PPUM, tak sempat jumpa doktor pun.
 
 
Doktor cakap garam kurang dalam badan ibu yang menyebabkan ibu  lemah dan ditambah ibu kena denggi. Hampir seminggu ibu duduk di wad. Saya seperti biasa amik shif hari berkerja. Adik beradik yang lain amik shif hunjung minggu menjaga ibu di PPUM. Alhamdulillah, ibu keluar wad semalam. Kami tak berani nak benarkan ibu dan ayah balik ke kampong sebab nanti tak de sapa nak jaga. Setakat ini, ayah dan ibu tinggal sementara di rumah saya. Lebih senang hati kami. Untuk setakt ini, kami adik beradik berpakat hanya hantar ayah dan ibu balik waktu weekend sahaja, lepastu bawa balik ke KL. Cukup untuk melepaskan rindu pada rumah, kebun, burung. Ikan yang ayah bela di kolam, dah pun mati kurang perhatian. Kesian ayah. Berkali-kali cerita pasal ikan yang dah pergi. 

Minggu depan ni saya bussy sikit. Bukan amik order pun. Tapi ada temubual dengan RTM mengenai balcony gardening. Baru Khamis lepas, bergamba2 di balkoni  untuk paper lain pulak. Tak sure bila keluar artikel tu, nanti saya inform yer.

No comments:

Post a Comment