4.2.14

Sedapnyer Daging Pekasam

 
 
Pernah tengok sekali  tahun lepas kat blog sapa pun lupa. Lepas tu asik terbayang-bayang. Tetiba ada kawan upload kat FB. Saya pun buat tak malu minta tolong dia belikan. Saya order dua bungkus. Dalam satu hari ajer habis. Sepeket makan tengah hari, sepeket makan malam. Rasa dia tak semasin ikan pekasam. Masih terasa beras bakar, tapi daging rasa macam daging goreng. Memang sedap. Walaupun masak sekejap (dipotong nipis), daging tak liat sampai nak tergeliat rahang.  Hujung minggu ni nak order sampai 10 bungkus. Yezzzzzzzz!
 
Bahan:
 
1 Paket daging pekasam
1 Biji bawang besar
3 Biji Lada merah
5  Biji Cili padi
1 Biji Limau kasturi
Sedikit minyak untuk mengoreng
 
 
Cara:
 
Potong daging pekasam nipis-nipis. Goreng dengan sedikit minyak. Bila daging dah masak, masukkan bawang besar, lada dan cili padi yang dipotong. Gaul sampai bawang dan lada layu masak. Angkat, perahkan asam limau. Sedia untuk dimakan.
 
 
Sapa nak order, sila pergi page Pekasam Daging AZ yer. Memang tak menyesal... :) 

3 comments:

  1. alamak terliur nya... kat mana nk cari ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear, kat page pekasam AZ :)

      Delete
  2. Assalam nak cuba pekasam daging sy
    terasa kelazatan dan kelembutan daging serta keranggupan beras gorengnya
    rm12 shj 200gm
    http:/facebook.com/thefrozenkings

    ReplyDelete