4.3.14

Cara menghasilkan benih sendiri

Banyak kali benih sayur yang saya mahu, susah untuk dicari. Kalau beli pun masih belum tentu baka sayur seperti yang kita idamkan. Banyak tomato yang saya tanam, adalah dari jenis tomato cerri. Walaupun di paket benih hanya ditulis tomato sahaja. Dari gambar nampak macam tomato besar.  Atau mungkin saya tanam di dalam bekas menghasilkan tomota bersaiz kecil.
 
 
Antara benih yang susah sangat nak dibeli di kedai atau nuseri ialah bell pepper. Ada juga yang memanggil cili benggala. Cili benggala ni, gaya cara kita masak selalunya dibuat sayur campur. Kalau makanan barat lagi luas penggunaan dan teknik masakannya.
 
Tip untuk mendapatkan benih cili benggala ialah dengan mengeringkan biji cili yang kita beli di pasar. Cili benggala ni ada yang berjenis-jenis. Hijau bagi yang muda, yang matang ada yang berwarna kuning atau merah. Saya beli dua biji sahaja, kuning dan merah. Biji cili benggala saya letak didalam bekas, dan jemur sehingga kering. Bila dah kering baru saya campak di dalam bekas semaian. Alhamdulillah, menjadi. Memang rasa seronok sangat.
 
 
Ini dia bell pepper saya yang pertama selepas sebulan.  Ada banyak lagi bunga di pokok-pokok  bell pepper yang lain. Memang baka baik.  Selepas berjaya dengan bell pepper, saya cuba dengan biji honeydew dan labu pula. Menjadi juga. Cuma untuk labu dan honeydew kita kena cucuk tanah dalam 1 inci untuk masukkan biji benih di dalamnya. Tak sampai 5 hari, akan keluar 'baby'.  Cara ini juga kita dapat menjimatkan duit dan masa mencari benih idaman.
 
Selamat mencuba :)
 

No comments:

Post a Comment