8.3.14

Kami bersiaran di RTM pula

Saya dan pokok-pokok sayur di program 'Suara Kita, Hak Kita' di RTM 1 yang telah disiarkan pada  Isnin lepas (3 Mac 14) jam 9 malam. Saya tak  la nak bagitau kawan-kawan dan sedara mara awal, sebab takut saya tak nampak videogenik di TV. Sebenarnya masa interview tu, saya memang banyak ketawa sebab kenal dengan wartawan  yang kebetulan  adalah kawan  saya semasa study dulu.  Ahamdulillah,  jurukamera tu pandai ambil angle balkoni dan pokok-pokok  sayur  agar nampak menarik dan tertarik.

Terima kasih banyak-banyak krew RTM terutama Feeda. Sempat saya menjamu pavlova, sandwish dan juga macaroni goreng di rumah selepas interview. Almaklum dah nak masuk waktu tengah hari, tuan tanah pun faham-faham ajer.



No comments:

Post a Comment