23.3.14

Penatnya Berpindah

Bermula 1 Apri1 14 kami akan memulakan kehidupan baru di Kota Kinabalu, Sabah. Kotak-kotak bersusun-susun di ruang tamu. Tak tahu mana nak dimulakan dulu. Macam berat sangat. Memang la pakai 'mover service' tapi nak kena mengasingkan barang-barang yang hendak dibuang, yang hendak di hantar ke kampong dan yang hendak di bawa ke KK. Macam nak patah pinggang rasanya.
 
Kebanyakan pokok-pokok sayur di balkonitelah diambil oleh adik saya. Kini ada tinggal pokok-pokok sayur yang dah tua dan mencecah hujung musim. Harap2 adik saya dapat menjaga pokok-pokok sayur dengan penuh kasih sayang.

Saya sebenarnya teruja nak perpindah ke KK. Seronok, Sabah bagi saya negeri yang paling cantik. jangan jeles arr negeri lain... sebab dia ada gunung, pulau dan dasar laut yang cantik tiada tolok bandingannya. Saya dah pernah ke Sabah bercuti dua tahun yang dulu. Memang saya akui, saya bangga Sabah is part of Malaysia.
 
Dalam masa yang sama, sedih nak tinggalkan keluarga dan kawan-kawan kat sini. Nanti jauh sangat. Pagi tadi melawat Mak Wan, opah kepada En Kaki Pancing. Umur dan nak menjangkau 90 tahun. Mak Wan kata entah tak tau dapat jumpa lagi ke tak. Sedey kami.
 
Semoga Allah permudahkan semua urusan kami sekeluarga ke Sabah. InsyaAllah.

3 comments:

  1. jauhnya.. tapi apa-apapun moga semuanya berjalan dengan baik dan selamat hendakNYA..

    ReplyDelete
  2. Laaaaa..pindah ke KK rupa rupanya....moga dipermudahkan..

    Ya, Sabah mmg cantik....wal;aupun saya tak pernah sampai, tapi rajin tgk gambar....hihihihih

    ReplyDelete
  3. la....
    kesiannnn pokok...

    dan Mak Wan..

    ReplyDelete