10.3.14

Terus Berdoa

 
 
Terus berdoa yer kawan-kawan. Jangan buat spekulasi itu ini. Hormat pada keluarga mereka. Saya tidak kenal seorang pun penumpang, tapi rasa sayu sangat. Mungkin disebabkan pengalaman saya sendiri ketika penerbangangan dari Paris ke KL. Ada ketika kapal terbang bergoncang kuat. Bila saya tutup mata, mengucap, berlinang air mata. Teringat anak-anak, suami dan keluarga. Bila pandang route map, di bawah sana bergunung ganang. Ya Allah, gerun sangat hati, bila fikir perkara buruk berlaku. 
 
 
Bila baca komen/ status di media social, macam- macam sampai sakit hati membacanya. Macam tak de hati perut. Mana nila kemanusiaan. Di TV, macam-macam pakar yang mereka temu bual, tapi masih ada manusia yang berasa diaorang lebih berilmu dari pakar-pakar tu semua. Sedih.
 
 
Terima kasih kepada semua negara-negara  lain yang turut membantu dalam usaha SAR. TLDM sendiri menghantar pelbagai asset. Sebagai pesara TLDM saya berasa bangga.  Ada yang tanya kenapa tak hantar submarine? ha...... submarine tidak dibina/fungsinya  untuk SAR. Umpama menghantar kereta kebal mengambil alih tugas ambulan. Bule ker?
 
 


Ya Allah, permudahkan semua usaha SAR. Bantulah kami ya Allah. Berilah petunjuk kepada kami ya Allah. Berilah kekuatan dan ketenangan kepada keluarga penumpang dan krew penerbangan MH370. Amin.

1 comment:

  1. Bantuan dihulurkan dan moga segala usaha yang dibuat membuahkan hasil.
    Moga semua keluarga mangsa kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan ini.

    ReplyDelete