21.5.14

Iman Dan April di Harian Metro Hari ini

Artikel ini adalah bersempena dengan 'Williams Syndrome Awareness Month' pada bulan ini. Ahamdulillah. Temubual diadakan  di Wangsa Walk sebelum kami berpindah ke Sabah. Saya pun tahu keluar artikel ini bila kawan-kawan tag di FB.

Misi saya membeli surat khabar Harian Metro harini memakan masa satu jam perjalanan pergi dan balik untuk ke Bandar One Sulaman. Tak besar mana pun bandar dia. Nasib baik ada tinggal lima naskah surat khabar, kalau tak mahu saya kecewa hari ini. Dah bahagian dalam tidak berwarna yer, seperti  akhbar Harian Metro di semenanjung.


Petikan dari Harian Metro:

Berbual dengan ibu kepada tiga cahaya mata dengan salah seorang anak mengalami sindrom Williams, penulis dapat merasakan kesukarannya saat menerima kenyataan itu. Dua anaknya turut mempunyai masalah berbeza, Amirul Hakimi, 10, dengan ekzema yang teruk manakala anak kedua, Aiman Adham, 8, mengalami masalah lambat bertutur sehingga berusia empat tahun. Adlan Iman, 4, pula menunjukkan perkembangan yang lambat berbanding rakan seusianya.

Klik sini yer untuk baca artikel sepenuhnya 'Masliza Hampir Putus Asa'

 
Ini pula gambar April (WS) bersama super gojes mummy Jessie dan abangnya Jaden yang turut ditemu bual oleh wartawan Siti Zarinah. Gambar-gambar ini ehsan/ dipinjam dari myMetro.

Iman sepanjang sessi temubual memang bad mood sahaja sebab dah nampak taman permaianan di luar Wangsa Walk. Penat upah ais krim, tapi tetap meragam.  Arman pula, mula-mula tak nak ikut sama, bila dah start nak keluar rumah, mula merengek nak ikut. Apa lagi tak sempat nak gosokkan baju kemeja, kalau tak, dah segak macam Iman. Dan dia memang berharap muka dia kua paper yer. Amboiiii nak rasa jadi retis konon.

Alhamdulillah. Semoga dengan artikel ini masyarakat di negara ini tahu dan lebih peka terhadap Williams Syndrome terutama mereka yang terlibat di dalam bidang perubatan dan pendidikan.


3 comments:

  1. besar dah Iman!!!!

    take care Ayin!!
    :)

    ReplyDelete
  2. Moga mereka sihat selalu hendakNYA.. begitu jugak kita semua..

    ReplyDelete
  3. haiii.... lama ika x dtg sini... jemput baca entry ni jap... ika nak mintak bantuan sikit =)
    http://www.atikahnorbaki.com/2014/05/jom-like-penyertaan-lavender-di-tumix.html

    ReplyDelete