10.7.14

Dari Balkoni Turun Ke Tanah

Proses membawa barang-barang termasuk kereta menggunakan pengangkutan kapal ke Sabah mengambil masa lebih kurang 3 minggu. Tiba sahaja kotak-kotak, barang pertama yang saya cari ialah koleksi biji benih. Teruja sangat ada ruang di tepi rumah untuk bercucuk tanam. Walaupun macam sedikit ralat tidak dapat tanah yang luas berbanding dengan sebahagian jiran, saya pujuk hati, mungkin ini rezeki yang Allah bagi pada kami sekeluarga. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami. Alhamdulillah setelah 3 bulan, kebun organik saya telah mengeluarkan hasil dan dapat dikongsi bersama jiran-jiran terdekat. Ada kawan-kawan pelawa saya berkebun di tanah mereka andai saya dah tak cukup tanah. Serius saya katakan, kalau jiran sebelah rumah sudah kenal lama, memang saya akan membajak di tanah dia, kemudian baru minta izin  (Serupa macam Belanda dapat tanah). Saya pasang net untuk setiap batas. Fungsi net ialah menahan/ mengurangkan panas yang melampau memandangkan berdekatan dengan pantai. Net juga dapat mengelakkan benih dibawa arus dan melindungi anak pokok dari patah ketika hujan lebat.
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. Rasa bangga bila apa yang diusahakan membuahkan hasil dan dapat pulak dikongsi bersama jiran-jiran.. ;)

    ReplyDelete
  2. luas jugak laman utk akak bercucuk tanam tu..best kan..

    ReplyDelete