8.7.14

Rezeki Kembar Tiga

Selamat berpuasa semua. Hari ni kita berpuasa pada Ramadhan yang ke-9. Alhamdulilah. Menu simple-simple aje. Sebab di Sabah ini 'param' tidak semeriah di Semenanjung, dah tu jauh la pulak, maka lebih elok dan lebih berkat saya dan En Kaki Pancing masak sendiri sahaja.
 
Lama benar tak menulis blog. Sesekali saya jenguk juga sebab khuatir kena hack dan buat post pasal ubat Viagra. Sakit betul hati saya. Sabar...sabar...
 
Kali ini saya nak share sikit berita yang mengembirakan. Dua minggu sebelum kami berpindah ke Sabah, saya terjumpa 3 ekor anak kucing di tepi jalan yang hampir-hampir di langgar kereta. Jalan menjadi jammed disebabkan budak 3 ekor ni cuba meintas. Saya dan seorang lagi pemuda terlompat-lompat mengejar dan menangkap sebab kalau tak tangkap, sampai bila kereta nak bergerak. Saya ambil anak-anak kucing sebab khuatir kalau dibiar nanti mati dilanggar. Tidak ada niat pada awalnya nak membela. Tapi bila dah bawa ke vet, rasa kesian pulak nak pisah-pisahkan mereka adik beradik. Dah la semua jantan. Teringat Amirul, Arman dan Iman.
 
Pihak pengurusan kediaman di Wangsa Maju memang tidak membenarkan anjing dan kucing dipelihara sebab sebelum ini ada yang merungut banyak tahi anjing/kucing dibuang dari balkoni jatuh ke balkoni bawah. Ada juga jiran yang komplen anjing asik menyalak sampai meganggu tidur.
 
Sebab sayang punya pasal, dua minggu itu kami seludup kucing-kucing macam seludup ganja gamaknya. Takut ada mata-mata yang memerhati atau kantoi di CCTV. Kami namakan mereka, Jakie, Loki dan Casper.


5 comments:

  1. cantiknya!!
    mata biru!

    kat mana mereka sekarang?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua mata biru. Tapi bila dah besar, yang hitam dan putih dah berubah warna mata. Yang kekal biru yang rupa kucing siam tu :)

      Delete
  2. comelnya kucing2 tu..
    Moga anak2 kucing tu sihat dan gembira bersama tuan barunya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dijaga dengan penuh kasih sayang :)

      Delete
  3. alahai comelnya kembar tiga ni

    ReplyDelete