15.9.14

Kos Membawa Kucing Dari Semenanjung ke Sabah

Ini HANYA mengenai penghantaran kucing berserta pengiring. Maknanya ada orang ikut naik fight bersama-sama dengan kucing. Kalau yang tinggalkan kucing di pet hotel MAS dan penrbangan dengan MAS Kargo tu, saya terus terang saya tak tahu prosedurnya. Tapi bole chek di sini, dia pernah buat.

Pertama sekali yang perlu tahu, umur kucing perlu 6 bulan ke atas. Ini kerana terdapat  kucing kurang umur akan beri kesan negatif kepada kesihatan. Mungkin tidak tahan tekanan.  Dan mati di pusat kuarantin. Kita kalau bawa baby  dan anak kecik  naik flight, time nak naik dan nak mendarat,   memang biasanya mereka menangis sakit telinga. Ini kan pulak kucing. Kalau budak-budak boleh lah jugak suruh makan lollipop, kucing...?? Tu sebab kami sekeluarga pindah dulu ke Sabah , Jakie, Casper dan Loki dijaga oleh kakak hingga cukup umur. Nasib ada kak long yang baik hati.

Kedua kena tahu semua kucing yang yang hendak dipindahkan ke Sabah, akan dikuarantin, minimum 21 hari di Pusat Kurantin Kinarut. Kalau dari Sarawak tak perlu kuarantin sebab Sabah dan Sarawak negeri bebas 'rabbies'.  Memang leceh kan, tapi ini adalah untuk kebaikan bersama.

Jika rancang dengan teliti, dalam satu minggu bole selesai. Macam saya buat dalam masa 2 minggu kerana ada masalah pada cip kucing. Sila baca step by step ni dengan teliti yer.

1. Dapatkan tarikh fight. Sebab bila mohon permit import eksport, kena letak dalam borang.

2.  Register ke Jabatan Perkhidmatan Awam dan Haiwan Ternak. Sila pandang dipautan sebelah kiri, ada nampak Davesta kan? Davesta ialah sistem bersepadu tentang import eksport ternak dan sebagainya. Pastu scroll kat bawah sekali ada bahagian pendaftaran atau klik sini. Sistem ini ambil masa 3 hari untuk diluluskan.

3. Sementara itu, bole buat pemeriksaan kesihatan, dapatkan vaksin terkini dan masukkan cip pada kucing. Bole ke klinik veterinar kerajaan atau klinik veterinar swasta. Bayaran berbeza mengikut klinik dan negeri. Kami buat di Jabatan Veterinar Ipoh. Kucing-kucing akan dapat kad vaksin, macam kad kesihatan anak2 kita. Cip pula mengandungi detail pemilik kucing, alamat terkini. Cip ni sebesar sebutir beras ajer dan akan dimasukkan di bahagian tengkuk kucing.

4.  Selepas 3 hari  mendapat kelulusan permohonan Davesta, boleh log in dan buat permohonan permit import menerusi online. Masa yang memohon tu, mereka tengah update system, memang apa yang saya  key in jadi bercelaru. Kena juga datang sendiri, isi di pejabat. Dalam borang tu, kena letak nombor siri cip. Kena tahu baka apa kucing anggaran berapa harga kucing.  Kucing-kucing saya kan kampong boys, jumpa tepi jalan, saya letak RM100 jer seekor. Dalam proses ini jugak saya mengalami masalah kerana, cip yang dipasang di Jabatan Veterinar Ipoh menunjukkan kucing berasal dari luar negara. Dah satu hal lagi, kena minta Jabatan Veterinar Ipoh keluarkan surat. Beruntung betul kucing-kucing saya. Jumpa tepi jalan, tapi diiktiraf sebagi kucing luar negara. Permit import ni laku selama 2 bulan. Walaupun kami bawak 3 ekor kucing, tapi permit hanya satu.

5.  Setelah lulus permit import, bole lah apply permit  eksport. Di semenanjung, permit hanya bole dibuat oleh agen. Kerana permohonan membawak haiwan di bawah Kastam, bukan jabatan hawan macam ni Sabah. Mahal la jugak kena bayar, antara RM60 hingga RM150 seekor. Itu hanya permit eksport sahaja, bayangkan kalau kita soh agen buat semua. Permit eksport ni hanya laku selama seminggu sahaja. Klinik/jabatan veterinary ada senarai agen. Boleh call semua agen, untuk dapat tahu beza charge yang dikenakan mereka.

6.  Beli sangkar yang selesa utuk kucing-kucing kesayangan anda. Jangan beli yang kecik/sempit membuatkan kucing duduk sepanjang flight. Ini akan membuatkan kucing tidak selesa, pening kepala dan muntah. Seelok-elok puasakan (elak beri makanan) kucing 4 jam sebelum flight. Untuk kepastian tanya doctor veterinar semasa pemeriksaan kesihatan. Ini untuk mngelakkan kucing berak di dalam cage. Bila dia bau tahi dalam ruang yang sempit dia kan muntah. Sediakan air di cage.  Dan bawa  makanan sedikit di lekatkan di luar cage. Cage dengan design baru, ada siap tempat letak makanan di luar cage.  Setibanya di airport bole terus bg kucing makan.

7. Sehari sebelum flight, telefon  Jabatan Perkhidmatan Awam dan Haiwan Ternak Sabah untuk confirm kan ketibaan kucing dan pengiring.

8.  Tibanya hari untuk terbang ke Sabah, jangan lupa bawa semua dokumen. Kucing + cage akan ditimbang seperti luggage.

9. Setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan Haiwan ternak akan menunggu untuk membawak kucing ke Pusat Kuarantin Kinarut.  Bila kucing anda sihat selama 21 hari, boleh lah buat uruskan pembayaran kuarantin di Jabatan Veterinar (berhadapan dengan balai polis besar Sabah)  sebelum bawa kucing keluar dari pusat kuarantin.


KOS KESELURUHAN UNTUK 3 EKOR KUCING

a. Pemeriksaan kesihatan, cip, passport di Jabatan Veterinar RM246
b. Beli 3 x  travel cage RM195
c. Charge timbang berat + cage di airport RM195
d. Permit import  (satu permit untuk 3 ekor kucing) RM11
e. Permit eksport + charge kastam RM250
f. Pemeriksaan  kucing  oleh  pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam dan Haiwan Ternak di Lapangan Terbang Kota Kinabalu RM30
h. Charge 21 hari di Pusat Kuarantin Kinarut (RM4 sehari) +  transportation dari airport ke Kinarut  RM262

Jumlah untuk 3 ekor kucing = RM 1,189


 
Permit Import.
Saya saja letak hati di bahagian tandatangan sebab khuatir ada pihak yg cuba tiru cop dan tandatangan tersebut :)



Kad kesihatan, passport dan permit eksport
 
 
Beli travel cage yang selesa untuk kucing.
Bawa semua dokumen berkaitan semasa hari penerbangan.



 Ini surat pengesahan pemeriksaan yang diberi oleh pegawai Jabatan  Perkhidmatan Awam dan Haiwan Ternak semasa ketibaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
 
 
Resit dari Jabatan Veterinar. Kalau kena ambil kucing pada weekdays, boleh buat pembayaran
 dan terus ke Kinarut. Tetapi jika kena ambil kucing hari Sabtu, pembayaran perlu di buat pada hari Jumaat.
 
 
Ini sahaja yang dapat saya kongsi mengenai proses membawa kucing ke Sabah. Kalau ke Labuan mungkin berbeza ( saya tak pasti, sila buhungi jabatan berkaitan di Labuan). Semua kos ini mungkin terdapat perubahan (terlebih atau terkurang) bergantung kepada keadaan semasa/ agen dan lain-lain perkara.
 
Semoga ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membawa kucing-kucing kesayangan ke Sabah.
Good luck dan semoga urusan anda dipermudahkan oleh-Nya.
Amin.

40 comments:

  1. kalah tambang manusia!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab 3 ekor. kalau sekor baru RM300 macam tu. Kesian plak nak bagi orang pisah-pisahkan diorang (diakucing) adik beradik :)

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian ilmu......tahniah krn maklumat sgt membantu sy Ayin Mm

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. sharing is caring :)

      Delete
    2. Salam..sya nak tnya..sya nak bawa kucing balik..klu kita urus sendiri, perlu ke kita maklumkan pd maskargo?atau kita buat je smuanya?bila.nak terbang terus je bawa kucing chck in?mcm tu je?huhu..

      Delete
  3. Kucing duduk.dalam.kabin dengan.pengiring atau duduk di bahagian.cargo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing duduk kat cargo bukan dengan pengiring :)

      Delete
  4. Hello apa khabar.. sy Sheena skg duduk Kuantan. Bulan depan sy nak bawa balik 3 ekor kucing ke Sabah. TQ pd akak dan keluarga kerana sudi share pengalaman dan prosedur dlm blog ni..ianya betul2 membantu saya dan suami. Btw kak, sy nak tanya flight kucing2 akak tu daripada airport Ipoh transit KLIA1 baru ke KKIA ke? TQ...

    ReplyDelete
  5. hi sis sheena.
    Kakak saya bawa drive bawa kucing dari Ipoh ke KL. Flight dari KLIA terus ke KK.
    :)

    ReplyDelete
  6. Hi...macam mana kalau hendak bawa haiwan selain kucing? cthnya small puppy? Kaedah yang sama kah?Travel cage tu beli dekat mana?TQ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama saya prosedur.
      travel cage beli di petshop.

      Delete
  7. Klinik Vet swasta boleh juga ke keluarkan pet passport dan pasang microchip?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole buat juga di swasta, tapi kena inform(order dulu) klinik kadang2 mereka tak simpan cip, beli bila ada keperluan sahaja.

      Delete
  8. Hi Ayin, tq for your reply. Kucing2 sy telah selamat mendarat di KKIA 1 dan selepas diperiksa oleh Pegawai dari Jabatan Veterinar yg bertugas di sana kucing2 sy dibawa terus ke Stesen Kuarantin di Kinarut. Lagi 2 minggu kucing2 tu boleh dibawa balik ke rumah.. Can't wait :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, macam mana? sudah dapat ambl kucing2? saya baru sahaj buka blog ni.

      Delete
  9. Salam, helo. Sy hayatihusin duduk d Kl, next month mo bw balik Kucing p Sarawak. Thanks atas pkongsian ni. P bleh sy dapatkan numbur agen yg bleh uruskan permit export dari semenanjung tu? Tq byk byk. Wassap sy di 0183882544. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Hayati, saya baru aje bukak blog ni. sudah dibawa ke Sarawak ke?

      Delete
  10. Salam sahabat2. Ada x dikalangan kawan2 buat penghantaran kucing ke sabah. Pm saya sekali dgn kosnya 013 3043848

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, saya tak buat. saya hanya buat untuk kucing2 saya sahaja.

      Delete
  11. salam ayin. memang wajib kuarantin ka? saya mau bawa kucing saya dari kl balik sandakan 8 julai ni. tapi jauh sangat lah sebab pusat kuarantin ada d kinarut saja. saya takut kucing saya x dapat endure duduk dalam cage and stress. sometimes, kucing boleh mati sebab stress. kalau mau pgi visit hari2 pun memang x boleh sbb sandakan-kk kan 6 jam. ada solution ka untuk ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hs,
      memang wajib dikuarantin. kalau ada sakit lagi lama kena kuarantin. kalau kucing import pun lagi lama. Di tempat tu, sangat bersih dan terjaga. Tempat kurungan besar. Klau kucing lebih dari seekor boleh dikurung bersama, jadi dia tak stress ada kawan. Jika melawat kucing dibenarkan kucing dilepaskan didalam kawasan lawatan. Mungkin bole call mereka untuk bertanya khabar kucing jika tak bole melawat selalu.

      Delete
  12. hi sis, nak tanya, drg check details x kucing bila sampai KK airport? sbp i dgr dgr kalo ada seekor kutu pun drg akan reject eh?? risau ni...tgh urus permit nak balik 27 ogos ni...carrier pulak x ada size tertentu kan?

    ReplyDelete
  13. Hi, macam mana nak bawa kucing dari klia ke kch sarawak? Ada no.agent tak?

    ReplyDelete
  14. Assalam..nak tanya mcm mna nak daftar davesta tu sebab saya cuba log in boleh..tapi takde apa2 pun yang perlu di isi..harap boleh bantu atau whatsapp saya di 01126640668 (lia) sbb flight saya 30 september ni :(

    ReplyDelete
  15. aih..bper la kos klu nk bwk 4 ekor kucing ke sydney, australia ya? hmmmm

    ReplyDelete
  16. Hi..sy plak pening ni nak uruskan kucing sy..nak bawak ke sarawak..tp kne lalu brunei dulu sbb guna laluan darat dr tawau ke bintulu..jd still blur lg nk.uruskan documentation..slalu nye yg sy search kt internet mostly utk yg nak bawak kucing naik flight..bukan guna laluan darat...klu la x lalu brunei..xde la nak pening uruskan apa2 document tuk kucing sy ni..huhu

    ReplyDelete
  17. Hi sis..tu medical check up brpa lama valid ntuk eksport?.48jam ka seminggu..buat sblum brpa ari trbang?..sma tu permit ekspot,brpa lma dy proses?

    ReplyDelete
  18. Allah je blh balas kebaikan anda.. kucing sy mgkin belum cukup 6 bulan. pulang ke semenanjung pun mgkin x sampai sbulan. nampak wajah sedih kucing yg sy panggil 'Adik' bila sy bgtau sy x dapat bawak dia balik kg skali.. :'( harap slamat dalam jagaan kawan di sini... (-_-)

    ReplyDelete
  19. 1k+ tu tak termasuk tambang pengiring kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak masuk. detail sudah saya jelaskan di atas :)

      Delete
  20. salam cik, kalau saya nak bawa kucing dari sarawak ke kL untuk balik cuti sekolah selama 16 hari. selepas 16 hari akan ke sarawak semula. jadi semasa pergi dan pulang kucing saya akan dikuarantin ke? macam tak berbaloi bawa jika kucing saya dikuaranti dalam tempoh cuti yang singkat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu macam tu elok letak di boarding sahaja :)

      Delete
  21. I seriously thank you for this post. Boleh jadi guideline bah ni. I wanted to bawak all 3 cats from KL to Sarawak. Sure this is very helpful.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok sis, good luck. moga dpermudah semua urusan. amin...

      Delete
  22. Salammmm..boleh email sya tak?sya.nak tanya details utk bawa kucing ke sabah 3hb april.ni...nisajmn@gmail.com..tqqqqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry.. saya dah lama tak bukak blog. saya rasa dah detail ini. tkasih

      Delete
  23. Hii sist.. ada tak no agen .. sbb i nak bawa kucing i balik sabah bulan june nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry, saya tak ada nombor agen. kalau disemenanjung cuba Tanya klinik vet. selalu diorg yg bagi.

      Delete
  24. Hii.. sya b'cadang nak bawa kucing saya balik sabah.. tpi boleh tak klau kucing dlu naik flight then 1 mnggu lpas tu bru sya menyusul???

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba call ngan jab perkhidmatan awam dan haiwan ternak di sabah. sebab mereka kan terus bawa kucing dari airport ke pusat kurantin.

      Delete