19.9.14

Nasihat dari Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin

Masa kami berjumpa  Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin ketika di KLIA2, saya sebenarnya yang paling excited. Sebab saya tahu kalau berjumpa ustaz di majlis memang saya tak berpeluang untuk bertanya itu ini. 
Saya terus terang sahaja. 'Ustaz, anak saya yang pertama ada elergik kulit eczema, anak ke-2 dulu sampai umur 4 tahun guna bahasa insyarat, anak yang ke-3 ni anak istimewa. Sekarang saya mengandung. Saya baru scan dua hari lepas. Doktor kata kembar 3, tapi hanya satu baby sahaja ada nyawa. Minta tolong ustaz doakan anak-anak saya yer'. Saya mula tahan air mata dah mula bergenang.  Saya memang sensitive bila bercakap pasal anak-anak saya. Tambahan lagi ketika mengandung macam ni.

Ustaz balas dengan tenang 'MasyaAllah... kita doa supaya Allah bagi kita apa yang Allah suka bagi pada kita...'  Kemudian ustaz sambung lagi 'anak yang sihat atau anak yang sakit, dua-dua datangnya dari Allah. Kalau anak sihat, Allah nak uji kita syukur atau tidak. Kalau anak sakit Allah nak uji kita sabar atau tidak'.

Memang bila saya duduk dalam flight.. air mata terus-terus jatuh deras. Saya sebenarnya nak ustaz cakap 'saya doakan anak-anak awak sihat-sihat belaka' tapi ustaz tak cakap macam tu.  En Kaki Pancing tunjukkan satu tazkirah ustaz yg sempat google sebelum berlepas, tajuk 'bersabarlah'. Lepas baca, saya lebih faham apa yang ustaz katakan tadi.

Untuk kawan-kawan yang diuji dengan kesihatan anak-anak seperti kami, pujuk hati untuk bertahan dan bersabar. Yang disimpan oleh Allah untuk kita sekeluarga perkara yang lebih baik. InsyaAllah...
Terima kasih Allah. Syukur alhamdulillah

4 comments:

  1. Kakkkk, sedih (***mengalir air mata saya) baca post akak nih. :) Terkesan dengan ayat ustaz dan post akak nih.

    Saya doakan yg. baik-baik saja kakkkk! :)

    ***lama saya tak komen kat blog nih.

    ReplyDelete
  2. Cekkeya....... amin... terima kasih banyak2 dik.
    Akak dah semakin stabil sikit emosi. Alhamdulillah.

    *** akak pun dah lama tak update blog. nak blog walking pun payah sebab internet kat sini slow sangat. Tq yer sudi singgah blog akak.

    ReplyDelete
  3. Assalam. Kedua-dua anak saya pun Eczema. Saya sering mengutip semangat dan panduan daripada kawan-kawan dalam support grup di fb. banyak perkongsian dan panduan daripada mereka walaupun banyak yang berlawanan dengan arus perdana. Apa yang penting, mereka banyak berkongsi perubatan natural remedi dan amalan makanan berasaskan sunnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencari keserasian ubat, tak kisah ikut arus perdana atau natural remedy. asalkan serasi :)

      Delete