15.10.14

Resepi Chee Cheong Fun yang halal



Bagi penggemar masakan Cina, mesti suka dengan chee cheong fun. Ini sebenarnya adalah 'steamed rice rolls'. Lebih kurang macam kuew teow atau mee laksam (dari segi rupa, saya tak pernah makan laksam).  Dulu masa tinggal di KL, saya selalu makan di café pintu masuk Ampang Park, di sebelah kanan. Café tu pun ada jual laksa dan mee kari ala2 Nyoya style.

Memandangkan kini saya preggie, impian nak makan macam-macam tu sentiasa meluap-luap setiap hari. Kalau nak tunggu balik KL, baru nak makan chee cheong fun maknanya melelehlah air liur ni.  Cubaan pertama saya ni, Alhamdulillah menjadi, cuma perlu nipis sikit lagi. Chee cheong fun ini dimakan dengan kuah pekat yong tau fu. Ada yang suka makan kosong begitu. Tapi saya suka cara yang dibuat oleh café Ampang Park tu, ada inti sengkuang, carot dan udang kering.

Resepi asal: Wendi
100 gram tepung beras
20 gram tepung ubiatau tepung jagung
365 gram air
secubit garam
**saya tambah daun bawang yang dihiris untuk nampak corak pada kulit.

Cara:
Bancung semua bahan, kacau hingga larut dan sebati.  Oles loyang dengan minyak zaitun. Tuang 2-3 senduk menutupi dasar loyang, masukkan ke dalam periuk kukus. biarkan 2-3 minit sehingga masak. Angkat letak inti dan gulung. Terus gulung, kalau tunggu sejuk memang tak bergulung lah jawabnya. Buat ulang-ulang sehingga habis adunan. Jangan risau jika yang pertama tu tak jadi. Saya buat masuk yang ketiga baru menjadi. Jengan gelojoh, ia memerlukan kesabaran dan penuh kesenian.

Boleh try tengok  cara buat di youtube,  tapi kebanyakan dalam bahasa Cina. Tak paham bahasa tak pe, yang penting nampak macam mana nak buat.


Resepi inti.
Ini ikut kegemaran sendiri. Boleh letak daging cincang, Apa yang tekak anda  suka.
Resepi inti saya tak de sukatan. Buat ikut suka. Kalau suka sengkuang, lebihkan sengkuang. Kalau suka carot, lebihkan carot.

Sengkuang sebiji sederhana besar
Carot  separuh batang
Segenggam dua udang kering.

Cara:
Sengkuang dan carot dipotong memanjang dan halus. Kalau masuk dalam food prosessor lagi senang, atau pakai sagat. Udang kering direndam dan ditumbuk. Letak sedikit minyak zaitun dalam kuali, 'saute' goreng udang kering, masukkan sengkuang dan carot. Layur sehingga semua masak. Ketepikan dah siap.

Resepi sos yong taufu: Jintan Manis

10 tangkai cili kering
gula merah
bijan goreng
gula (kalau kurang manis)
secubit garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
 ** saya tambah 2 sudu besar taucu dan 2 sudu kicap

Cara  ini saya tak berapa patuh pada Jintan Manis:
Cili kering, digoreng dalam 2 minit dengan api yang perlahan. Angkat dan potong2, masukkan ke dalam blender sedikit air dan bancuhan tepung jagung, taucu, belacan, minyak masak. Masak air dan lebih kurang 5 sudu besar gula merah dan campurkan bahan blender. Masukkan kicap dan kacau sehingga pekat.

Selamat mencuba ya.

4 comments:

  1. Yg menyebabkan ia tak halal sebab apa ya? sebab mmg mereka campur babi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab mmg ada yg jenis inti dia mince pork/roasted pork. Ataupun kalau kosong pon, kedai/restoran yang jual turut jual makanan yang mengandungi pork :)

      Delete
  2. kak ayin, kenapa saya tak serajin akak ni.... huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Effa, sebab mengidam ni yg akak sanggup buat Lepas tu dah tak larat plak nak bangun. sakit kaki sebab diri lama kat dapur hehehehe

      Delete