19.10.14

Resepi Roti Leper (Flatbread Recipe) dan Resepi Stew Daging Rusa




Dua minggu lepas, di Sabah ni hujang tak henti-henti sampai seminggu lebih. Siap dengan ribut lagi. Abis terbang tercabut semua pancang kebun sayur. Lagi  la nampak kebun tak terurus.Sejak preggie ni, memang saya tak turun ke kebun. Tapi ada mini kebun  yang ibu saya buat di belakang dapur. Ada pokok tomato, cili, vanilla, sawi yang ditanam dalam pasu. Cukup la buat ubat rindu saya pada gardening.

Kalau musim hujan sejuk-sejuk, makan sup atau stew paling sesuai sekali. Dicicah dengan roti memang menusup suam-suam kepanasan di seluruh badan.  Flatbread ni senang ajer nak buat. Tak payah pakai mesin. Uli ngan tangan ajer. Tak payah pakai oven, pakai kuali leper ajer.

Resepi  Roti Leper (Flatbread):
Resepi asal: Mel's Kitchen Café

Bahan (saya ubah sikit):

1 paket kecik yis kering
1 sudu besar gula
2/3 cawan air suam
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil garam
3 cawan tepung roti ( saya guna wholemeal, kalau pakai tepung roti biasa pun ok)


Caranya:
** kalau ikut cara Mel, dia campur kan semua dalam food processor. Senang tutup mata bole buat. Tapi saya pernah terbaca kalau garam bercampur dengan yis, yis akan mati. Jadi saya ikut cara macam buat roti.

Campurkan air suam, yis dan gula. Kacau dan biarkan selama 10 minit sehingga yis mengembang.  Campur garam dengan tepung roti. Buat kawah di tengah mangkung dan tuang adunan yis. Gaul  bersama air sedikit demi sedikit. Masukkan minyak zaitun. Sehingga adunan membentuk bulat dan tidak lagi melekat di tpi mangkuk.  Taburkan sedikit tepung mengikut kesuaian semasa menguli. Tutup dengan kain basah(lebih bagus keran mengelak adunan membentuk lapisan keras), tapi saya tutup mangkuk dengan pinggan ajer. Biarkan selama 30-45 minit untuk adunan mengembang dua kali ganda. Uli semula dan asingkan dalm bentuk bebola kecil. Canai, penyek dan tekan-tekan menjadi rupa lempeng. Panaskan kuali dengan sedikit planta atau minyak zaitun.  Roti akan mengembang bila terkena kuali panas. Terbalikkan apabila roti kekuningan dan angkat. Dan ulang proses sehingga adunan habis.

Resepi Stew Daging Rusa
Resepi asal: Azie Kitchen

Bahan:
500 gram daging rusa- daging lembu atau kambing pun OK.
1 sudu minyak zaitun
1 sudu kecil black pepper
1 biji bawang besar potong kiub
2 batang carot potong kiub
2 biji kentang pontong empat
3 batang celery potong kecil-kecil
1 ulas bawang putih dicincang
1 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan daging
1  sudu kecil herba thyme, oregano - saya guna mixed herbs
2 helai bay leaves - saya tak letak sebab tak jumpa di supermarket
2 sudu besra tepung jagung
2 sudu besar air untuk campur dengan tepung jangung
sedikit tepung untuk digaul bersama daging - ini saya tambah sendiri
2 sudu besar tomato puree - saya tambah sendiri

Cara-cara
*** Kak Azie pakai slow cooker, saya pakai oven sebab tak de slow cooker.
 
Mula-mula daging dipotong kiub tapi jangan kecil sangat nanti hancur. Gaul daging bersama sedikit tepung. Saute/goreng dengan sedikit minyak zaitun di dalam periuk.  Bila tepung keperangan angkat. Masukkan semua sayur, gesek lantai  periuk kerana terdapat tepung yg melekat tadi sambil gaul dengan sayur. Masukkan herbs, black pepper, air rebusan daging, tomato puree, daging, kicap. Gaul sehingga sebati. Tutup periuk, masukkan ke dalam oven. Suhu 160C dan masak sehingga satu setengah jam. Keluarkan periuk, panaskan di atas dapur,masukkan air campuran tepung jagung. Bole letak garam jika tak cukup rasa masin. Gaul sehingga kuah menjadi pekat.
 
Alhamdulillah. Dah siap.
Selamat mencuba.

2 comments: