About

Blog ini bertujuan menyimpan rekod bergambar dan bertulis mengenai kehidupan kami untuk dijadikan kenangan dan rujukan di masa depan buat Amirul, Arman dan Iman. Kini hampir tiga tahun blog ini menjadi lensa kehidupan kami. Bermula dari Iman di dalam kandungan.

Setelah 10 tahun berkhidmat di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), saya mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan (bersara) untuk menumpukan perhatian kepada anak-anak terutama kepada Iman yang mengidap Sindrom William. Sayang sebenarnya kepada kerjaya yang amat memberi makna dalam kehidupan saya. Namun, dalam hidup kita tak boleh dapat semuanya. Ambil yang ini, terpaksa ditinggalkan yang itu.

Kepada Allah SWT, saya panjatkan doa agar keputusan yang saya buat ini adalah yang keputusan yang terbaik demi anak-anak, suami, dan keluarga. In sya Allah.

Kerjaya sebagai suri rumah sibuk jugak sebenarnya. Sekarang baru saya faham. Selain uruskan rumah, kita juga menjadi supir menghantar anak pergi dan balik sekolah. Memang terkejar-kejar masanya. Walaupun sibuk, saya bersyukur anak-anak membesar di depan mata saya. Sekali sekali,  saya akan mengambil order kek/cupcake/pavlova jika ada masa free dari aktiviti keluarga.

Terima kasih kerana bertandang ke blog kami. Salam pekenalan, semoga perkongsian dan persaudaraan ini mendatangkan kebaikan kepada kita semua.

~masliza~



2 comments:

  1. Salam Ayin

    Seronok baca liku2 kehidpuan Ain. Berkorban bersara awal selepas 10 thn kerja, utk keluarga. Skrg buat business.

    Saya juga tlh kerja 10 thn dlm kerajaan dan berhasrat nk bersara awal krn hidup berjauhan dgn suami.

    Apa langkah2 awak abil sebelum buat keputusan bersara awal? Awak dpt pencen? Saya tak tahu skim ATM ni.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. salam dear,

    Bincang baik-baik ngan hubby yer kalau nka berenti, kena terus terang ngan dia.. kalau saya berenti, mungkin gini-gini....kengkadang dulu saya ingat senang dok umah ni, tpi sebenarnya penat lagi.. huhuuu.... pegawai graduan ATM utk ketiga2 perkhidmatan Darat, Laut, Udara, kalau masuk guna skim graduan, mmg ada 10 tahun kontrak. Lepas tu bergatnung kepada keperluan perkhidmatan, HR akan contact kita tanya nak sambung ke tidak. Macam saya 10 tahun je la, tp ramai jugak intake saya sambung lagi dalam 1-3 tahun. :) Sy tak terima pencen, cuma dapat duit gratuti sahaja. Alhamdulillah :) terima aksih singgah ke blog saya. Nanti tolong singgah ke page FB Triple Sprinkls jugak yer.. thanks.

    ReplyDelete